Wednesday, February 13, 2008

Hari Terakhir Anak Sulung Saya di SMK Segambut Jaya



SMK Segambut Jaya adalah sekolah yang menawarkan asrama bagi pelajar lelaki dan perlu mengambil tambahan subjek Bahasa Arab. Semalam adalah hari terakhir anak sulung saya/kami di sekolah tersebut kerana pada 18 Februari 2008 nanti, insya Allah beliau akan mendaftar sebagai pelajar baru di MRSM Alor Gajah.

Anak saya, tidak lama di sana, iaitu dari Ogos 2006 dan ambil PMR 2007. Beliau bertukar sekolah, dari sebuah sekolah swasta ke sekolah berkenaan. Berkat usaha gigih dan tunjuk ajar guru-guru di sekolah berkenaan yang berdedikasi, maka alhamdulillah kejayaan, walaupun kecil, dapat diraih.

Sebagai ibubapa, tidak ada apa yang diharapkan dari anak-anak. Budi kita tidak perlu dibayar dengan wang ringgit, tapi cukuplah mereka menjadi insan berguna, berjaya dalam hidup dan yang penting juga ialah taat kepada perintah Allah.

Hari Isnin nanti, kami sekeluarga akan menghantar beliau ke MRSM Alor Gajah itu. Mudah-mudahan track records beliau di SMK Segambut Jaya dapat diteruskan di sekolah yang baru itu nanti. Sudah tentu satu pengalaman, persaingan dan kawan-kawan baru akan menunggu. Selamat berusaha sehingga berjaya.

2 comments:

retnanda said...

Jadi anak pakcik yang sulung sekarang berumur berapa? Kalau SMK setara dengan SMA ndak? berarti sekitar 15-16 tahun ya???
Wah.. sudah besar pula anak pakcik..
Ada berapa anak pakcik?

No Name said...

Anakku 3 orang, yang sulung umur 16, lelaki, ke-2 (12 tahun) dan 3 (9tahun), cewek. Aku berkahwin semasa tengah menggarap tesis, i.e awal 1990.