Sunday, November 4, 2007

Budaya "Kita"?

Ada sesuatu yang saya fahami akhir-akhir ini - tentang culture atau budaya. Budaya dalam kontek kebudayaan adalah absurd. Pelbagai nilai kompleks memerlukan kajian dan bahasan yang mendalam juga. Budaya dalam sesebuah nilai budaya kerja - jauh lebih kompleks tetapi ada pelbagai andaian dan fahaman boleh dikembangkan. Katakan budaya kerja malas menulis - di jawab oleh seorang tycoon yang baru meninggal - Lim Goh Tong. Di saku beliau selalu ada buku kecil - bukan note book atau PDA atau apa saja perangkat canggih masa kini. Beliau dimaklumkan menulis apabila mulai duduk, atau berjalan, atau apa saja yang menyebabkan dia mulai berfikir untuk bertindak; dalam karakter China - beliau Hokkien. Jadi barangkali ini menjawab persoalan kenapa perlunya kita tidak menulis - apa saja.

Culture juga wujud dalam nadi sesebuah organisasi. Budaya yang bobrok - lambat masuk, MIA, main games, "tak ada Kerja nak buat", rasuah, malas dan budaya mencucuk staf lain demi kepentingan diri sendiri, adalah siri daripada kenegatifan. Budaya bobrok ini ada kalanya tidak dapat dibenteras dengan satu tindakan yang terlalu lembut. Sebaliknya sangat perlu affirmatif, ketegasan, bahkan kalau menurut firasat saya, orang yang berkenaan diberikan kad dan post yang sesuai atau dibuang kerja kerana minat dan budaya minda mereka sudah kotor dan cemar. Banyak organisasi atau syarikat rugi dan bungkus kerana memiliki staf yang seburuk ini. Agensi kerajaan juga rosak dan musnah reputasinya kerana rasuah, ada kalanya berakar umbi dari bawahan hingga ke atasan. Rosaknya susu sebelanga kerana nila biru yang setitik itu.

Siapa yang menanggung malu dan rugi ini??

Budaya yang bobrok?

No comments: