"Pulau Batu Putih milik Malaysia" kata para lawyer yang mewakili Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Singapura hanya diberi kebenaran membina rumah api semasa zaman Inggeris dahulu, namun kedaulatannya tetap kepunyaan kesultanan Johor ketika itu. lihat artikel Berita Harian: http://www.bharian.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20071113234830/Article/index_html
Kalau memang ada dokumen yang menyatakanya - amat malanglah Singapura, persis seperti perangai Belanda diberi tanah. Amat malanglah Singapura berkelakuan tak senonoh dengan para jirannya.
Walaupun demikian, kita amat prihatin tentang kemahiran para diplomat dan lawyer kita. Kalau salah strategi, maka segala fakta dan data yang dikumpul tidak berguna. Kita tidak mahu kali ini kita berputih mata selepas kelalaian kita dengan strategi pembangunan jambatan bengkok.
Sanggupkah hanya menjadi ayam kampung saja?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment